Salah Siapa


Manusia tak pernah kenal erti puas. Puas dari segala hal. Puas dari segala nafsu yang ada. Makan, shopping, sex, dan banyak lagi.

Remaja yang terlanjur punya anak sebelum kawen itu sudah lumrah dengar. Sudah lali keluar berita, surat khabar. Orang tua tua mula mengumpat dengan jiran sebelah rumah. Makcik makcik mulakan tugas potpet sana sini. Anak si polan buruk perangai, anak si Sood betina liar. Mulut orang memang tak boleh nak tutup. Itu hobi para wanita. Aku juga wanita jadi aku akui.

Jadi terkilan lagi sedih bila kenangkan nasib si wanita yang terkial kial tanggung anak yang dikandung seorang diri bila si lelaki parasit tidak mahu bertanggungjawab. Sudah puas menyedap bila bunting tinggalkan saja terkapai kapai. Bukan mahu salahkan satu pihak. Memang dua dua pihak bersalah besar. Tapi bila jadinya hal blah dari tanggungjawab harus salahkan siapa. Sudah tentu si lelaki keparat. Orang sekeliling mulakan tugas lagi.

Laen hal pula bila si lelaki mahu bertanggungjawab tapi pada masa yang sama dia punya wanita simpanan laen (gf laen). Sedangkan dia tahu dia akan bakal punya anak. Patotnya kasi hukum rejam sampai mati. Takde belas kasihan. Sebelom kawen sudah jelas perangai hantu. Bila kawen tentu tentu dah ternyata masih setia menyimpan spare part untuk kesedapan sendiri. Nafsu binatang lagi. Orang sekeliling mengumpat lagi.

*Manusia memang gemar jaga tepi kaen orang. Walhal kaen sendiri dah naek masam sebab bertahun tak basuh kerna leka jaga kaen orang.

4 ulasan:

Monster Anarki berkata...

haha.. ayat last mmg best..
dunia sekarang kan.. suka suka bawa duka..
tapi kalau mak kita suka kata kat orang nanti anak sendiri conteng arang, bukan setakat arang, tahik lagi..kah3..

Double A berkata...

Haha true true ! Memang betol . Sebaeknya duduk rumah diam diam pekakkan telinga . Takot benda yang diumpatkan terkene batang hidung sendiri . Masa tu time kita pulak kene kutuk . Haha .

QJ berkata...

setuju. kadang nasib si wanita seperti bukan manusia sahaja diperlakukan

Double A berkata...

Malah seperti sampah . Mahu kutip tak mahu buang .