
Untuk setiap hinaan dan kata kata keji yang telah diludahkan jujur kepada aku, walaupun luka dihati aku sangat dalam sedalam dalamnya. Akan aku simpan dan install semua itu tersemat dalam ingatan. Untuk kali yang ke sepuluhjutaduabelas kalinya malam aku akan ditemani dengan air mata yang paling jujur.
Dan hati aku memang tidak pernah berbohong. Tidak ada secalit atau sekelumit rasa yang lahir dalam hati aku untuk mengambil tahu tentang apa apa yang tidak lagi penting dalam hidup aku. Memang bukan langsung niat aku untuk mendekatkan diri pada cerita lama.
Bermulanya hari ini, hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa komanya hati aku. Kata kata keji itu akan aku balas di dalam hati dengan lafaz alhamdulillah.
*Memang tidak pernah ada yang baeknya pada aku. Dan selama ini apa yang cuba aku beri dan tunjuk memang tidak tersentuh di dalam hati dan sanubari yang bernama seorang insan mulia yang selama ini aku sanjungnya tinggi.
9 ulasan:
siapa yang kutuk kau.. cakap kat aku.. biar aku smack down jer.. haha
aku .
tell me about it. bersabar.
:)
:)
jadi awak kena berhenti.
Berhenti apa wak ?
telan dan telan dan telan.
ye itu yg akak selalu buat. smpai masa..tak tahan.kasi kuar sume muntah hijau.
ah hidup memang mcmtu.hari ni kene caci.esok kene puji.lusa kene tikam. dah lali lah sayang. tapi kadang2 tu rasa nak bagi pelempang kat orang!
Samalah kak . Kite punya jalan cerita yang lebih kurang sama .
Catat Ulasan