
Kawan itu datang dan pergi. Bila datang kita sambut dengan tangan terbuka dan senyuman yang paling ikhlas. Bila pergi kita tahan sebak di dada dan tangan seolah tak mahu lepaskan genggaman. Tapi kita tahu walaupun dia pergi dia tetap takkan lupa kita. Kita tahu kita akan selalu ada dalam hati dia. Mungkin pemergian dia hanya sementara. Untuk mencari ketenangan pada diri sendiri. Kita disini hanya mampu memberi ruang dan mendoakan yang terbaik untuk dia. Suatu masa, kita percaya dia akan datang kembali ke pangkuan kita dan mulakan senyuman paling ikhlas dan terima dengan kedua belah tangan yang sentiasa terbuka untuk dia.
Awak, jangan pergi lama lama. Kami kat sini sentiasa ada untuk awak. Awak sedih kami disini sentiasa ada untuk tumpangkan bahu. Lap hingus di baju. Asalkan awak gembira dan mampu tersenyum. Itu yang kami harapkan. Semoga berjaya kelak.
*Awak, terima kasih banyak banyak untuk default picture mukabuku saya. I love you Afiq Ah!
6 ulasan:
terima kasih buat AFiq Ah yang lantik Aza Afellay jadi sahabatnya .
Eh , awak pulak yang ucap terima kasih ? Hehe :)
wecehh bikin terharu kawan dia :DD
Ikhlas dari seorang kawan tak salahkan ? :)
walau jauh..dia tetap dihati kamu..dan kamu tetap diahti dia.
ah indah. bila hati hati kamu masih disitu. dan kekal sampai bila bila ;)
Ya . Saya hati dia tetap ada dalam hati dia walau dia jauh dan menghilangkan diri untuk seketika :)
Catat Ulasan