Rest In Peace Sweetheart

15 Jun 2011
In memories

Pukul 7 petang aku dapat emergency call dari ibu. Ibu bilang kene balik Penang malam tu jugak sebab khabar dari maklang anaknya iaitu sepupu aku sakit tenat. Hanya tinggal masa. Koma terlantar di hospital selama 5 bulan adalah satu tempoh masa yang lama. Akibat dari kemalangan motor dan kereta. Aku dari KL bergegas pulang ke rumah. Pukul 11 malam ayah suruh siap siap dan terus pulang ke kampung ibu di Penang. Sampai Penang pukul 7 pagi. Kami terus ke hospital Pulau Pinang untuk tengok keadaan sepupu aku ni. Selama 5 bulan dia koma baru pertama kali aku tengok keadaan dia. Sumpah sedih dan memang terus laju air mata aku turun.

Masa kecik kitorang memang rapat and family dia kerap datang rumah. Bila masing masing dah besar memang jarang sangat jumpa . Masing masing jauh Penang and Seremban. Last aku jumpa masa kematian saudara kat Penang jugak. Tapi hanya dalam masa beberapa minit.

After semua dah melawat dia kat hospital kitorang minta diri untuk balik ke Bukit Mertajam dulu. And ayah dah decide mahu datang melawat balik petang. Tak sempat. Jam 4.45 petang ibu ketuk pintu bilik dan aku dengan mamai bangun dari tidur terus terkejut bila ibu bilang Syira dah takde. Innalillah. Aku dah hilang sorang sepupu rapat aku. Dia telah pergi pada umur 20 tahun. Tuhan lebih sayangkan dia.

Semoga roh Syira dicucuri rahmat. Siti Ummirul Syahirah binti Abd Wahid. Dalam kenangan. Al-Fatihah.

4 ulasan:

dochi berkata...

al-fatihah .
moga roh syira ditempatkan dikalangan org yang beriman .

Double A berkata...

;(

Seroja Jingga berkata...

alfatihah..sebak

Double A berkata...

:/