Senyum pahit

Kali ni dah kali yang kedua nampaknya Tuhan dah takdirkan nasib aku macam ni. Takpe aku redha. Aku percaya ni semua ada hikmahnya. Mungkin bukan lagi yang terbaek sebab tu Tuhan kasi aku nikmat bahagia dalam tempoh sebulan je. Hati perempuan ni memang cepat sensitive kan bak kata orang hati tisu.

Lelaki zaman sekarang memang susah nak percaya. Diorang ni memang memilih ke sweet talker ke or saje nak buat peneman sunyi je? Macam takde perasaan pun ye. Memang ye! Mereka ni memang takde perasaan. Takpee permainan awak tu tak lama. Satu hari nanti awak akan rasa ape yang saya rasa sekarang. Tinggal tunggu masa je. Tuhan tu memang Maha Adil. Dan mungkin ada hikmah sebab Tuhan nak tengok sejauh mana tahap kesabaran aku. Sabar tu kan separuh daripada iman :)

2 ulasan:

iqx berkata...

^_^

Ninaaa berkata...

Belajar dari kesilapan