Stress


Final exam hanya tinggal lagi 2 paper. Walaupun 2 paper tapi ia sangat sangat membunuh jiwa dan raga aku. Mahu tunggu semuanya selesai bagaikan bertahun tahun lamanya. Stress aku mahu study pon bertambah tambah. Oh yes! last paper adalah jatuh pada 18 november. Raya haji pula 17 november. Sudah tentunya aku tidak dapat pulang ke rumah untuk beraya bersama ahli keluarga tersayang. Disebabkan itulah aku terlalu sayangkan KPTM. Mereka sangat tidak memahami student. Mahu sahaja aku ciom dahi licin pengarah kerana adakan exam pada hari raya. Itu menunjukkan aku sangat sayangkannya . Hehe. Aku mahu semuanya selesai dengan cepat dan selepas itu aku boleh melompat lompat sambil menari poco poco di rumah. Betapa angkuh dan sombongya aku pada masa itu. Dan itu menunjukkan aku sangat sangat bahagia kerana tiada lagi beban yang berat harus aku tanggung.

ps: kalau lah pengarah baca entry ni mesti dia sagat muka aku dekat pagar KPTM. haha. jangan marah encik pengarah. peace!





Tiada ulasan: