Maafkan Aku




Sebelum tidor aku mengambil hp. Aku melihat ada 1 message diterima. Lalu aku buka dan baca aku mendapati message dari teman rapatku. Dia bilang "lupa kawan dah? " terima kasih. Aku tak sangka kau mahu bilang begitu. Aku mahu kau tahu aku tidak pernah lupa pada kau kawan. Sungguhpun aku tidak membalas message dari kau atau pick up call kau tidak bermakna aku sudah melupakan kau. Mungkin aku busy lagi sibuk dengan persiapan sempena final exam. Aku harap kau mengerti. Sejahat jahat aku, aku tidak pernah buang atau lupa pada manusia yang pernah berkawan dengan aku. Lagi lagi kawan yang buat baik dengan aku. Jangan kau risau aku tidak pernah lupa kau walau aku sesibuk mana pun. Walaupun aku sudah jarang berhubung dengan kau di telefon tapi aku tetap tegur kau di Fb bukan? Maafkan aku jika perbuatan aku buat kau terasa sakit hati atau tersingkir. Aku tak pernah ada niat macam tu. Sayang aku pada kau tetap tak pernah berubah.

Tiada ulasan: