Pagi pagi lagi handphone aku berbunyi menunjukkan terdapat 1 message diterima. Bunyi ringtone membuatkan aku terjaga dari tidor. Rupanya terdapat message dari kawan aku. Dia menanyakan tentang result. Sungguh aku tak sangka result sudah keluar. Begitu cepat pula proses KPTM kali ini. Apabila aku mendapat tahu result sudah keluar ia membuatkan aku begitu kecut usus perut kerana aku risaukan jikalau ada salah satu mata pelajaran yang akan fail. Lalu aku bangun dari katil dan mandi siap siap untuk ke Mcd. Maklumlah berukband belom dibayar. Perlulah sekarang untuk aku memerlukan khidmat wireless dari Mcd. Sesudah sampai di Mcd aku terus on laptop dan buka web KPTM untuk check result. Apabila aku buka yah! Terima kasih kerana result aku pada sem 5 ini tidak begitu comel untuk dipaparkan. Sedikit hampa tapi apakan daya hanya itu sahaja yang mampu aku lalukan. Tapi aku tetap bangga aku tidak perlu repeat kerana tiada fail. Yeah! p/s: tetap berbangga walaupun result tidak begitu comel. Haha.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan