Terserah

Jika kau rasa bahagia dengan apa yang kau lakukan sekarang, terserah. Aku sudah tidak mampu untuk mendengar dengan apa yang cuba kau sampaikan. Aku hanyalah manusia biasa yang juga punya hati dan perasaan. Begitu juga kau. Aku sudah cukup sakit dan terseksa. Terima kasih diatas segalanya. Aku sangat hargai dengan penyampaian kau. Sekarang aku hanya mampu berdiam dan terima dengan hati yang terbuka dengan apa yang kau lakukan. Kerana aku sangat perlukan kau dan sayangkan kau. Dan aku ingin belajar menjadi seorang yang sabar dengan dugaan yang menimpa. Terima kasih kerana kau juga yang mengajar aku menjadi seorang yang penyabar.

Tiada ulasan: