Dari musuh jadi kawan



Sejak akhir akhir ni aku jadi minat nak memaafkan orang. Orang yang patut aku benci dan jadi musuh aku paling tertinggi akhirnya menjadi kawan kepada aku. Kalau dulu sekali aku dah benci aku akan tetap benci sampai bila bila kerana aku adalah seorang pendendam terhebat. Kini aku sendiri tak mengerti dengan diri aku sendiri. Aku boleh menjadi seorang yang agak lembut hati untuk dibawa berbincang walaupun masalah yang agak besar dan agak menyakitkan hati aku sampaikan aku terasa ingin membunuh musuh aku jika dia ada di depan aku. Pada aku memaafkan musuh yang aku amat benci dan akhirnya menjadi kawan tidak rugi apa apa. Dan aku harap musuh yang aku benci dan menjadi kawan tu punya perasaan yang sama macam aku. Yes! Apa lagi kalau kau pun rasa sama macam aku kasi tumbuk sikit hah!

4 ulasan:

Dasuki D5T7 berkata...

:)

Double A berkata...

kenapa ye?

Dasuki D5T7 berkata...

kenapa ape?

Double A berkata...

kenapa tibe tibe anda senyum seperti ulasan di atas? gua tak paham.