Perasaan bodoh


Hati dan perasaan memang tidak bisa dihalang dan dipaksa paksa. Seperti juga hati dan perasaan aku. Memang aku akui aku tidak bisa menghalang apa juga perasaan orang lain untuk meluahkan apa yang terbuku dihati mereka. Tapi benar aku sangat cemburu apabila aku dapat tahu apa yang diluahkan itu terang lagi jelas depan aku. Sesungguhnya aku benci bila perasaan cemburu ni datang dekat dengan aku. Bukan aku mahu dan minta perasaan ini datang. Tetapi aku juga tidak bisa menghalangnya dari datang dekat. Jika bisa aku mahu ianya pergi jauh jauh dan jauh. Dan aku juga minta jika kau mahu datang pada aku sila datang dengan sebab yang bertempat. Perasaan yang aku maksudkan adalah rindu.

Oh ya! Mungkin juga orang yang dirindui tadi mempunyai aura yang lebih hebat dari aku. Mungkin disebabkan itu juga diri dia diingati sehingga kini. Seriously aku memang tidak bisa menghalang dan memekak mekak. Lebih baiknya aku pilih untuk diam dan pendam. Come on Aza cool.

*Terima kasih untuk diri sendiri kerana bisa support perasaan bodoh aku ini.

Tiada ulasan: