Watak yang terlibat : Sood dan Leman Dol
Pada suatu hari Sood(bukan nama sebenar) telah pergi ke rumah saudaranya. Selepas beberapa minit, sudah puas mengumpat peot jongang(bukan nama sebenar) dengan megahnya Sood mengajak saudaranya Leman Dol(bukan nama sebenar) pergi ke kedai untuk membeli rokok Dunhill sebatang. Mereka pergi berjalan kaki sahaja kerana motor Leman Dol dah kene masuk bengkel buruk akibat merempit keterlaluan. Selepas 5 minit, mereka tiba di kawasan pokok getah. Kemudia mereka terdengar satu suara lembaga atau lebih dikenali hantu. Kemudian Sood pandang muka Leman Dol. Mereka bertentang mata. Sood rasa mahu pengsan tapi saudaranya dah lari lintang pukang dulu. Sood telah lari dengan sedaya upaya dengan menggunakan skill yang ada untuk melangkah pokok getah yang mati, tapi sayang dia terjatuh. Kemudian dia terus bangun dan sambung berlari sekuat hati. Setelah lari beberapa langkah, satu suara kedengaran memanggil dia. Suaranya berbunyi "Sood! Kau nak kemana????" Tadi tu suara hp aku la awek aku call.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan